Untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ialah suatu program pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu dari segi struktur kandungan, pendekatan serta bahan pengajaran dan pembelajaran. INTERPRETASI PENDIDIKAN KESIHATAN DAN PROGRAM YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH 1. PENDAHULUAN Datuk Dr. Abdul Shukor b Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam kata penghantarnya dalam buku Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan, Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999 menjelaskan bahawa.
12 Konstruk dalam Program LINUS2.0 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.
12 Konstruk dalam Program LINUS2.0. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa isu asas literasi dan numerasi masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan di sekolah-sekolah. Disebabkan perkara itu, Program LINUS (Literacy and Numeracy Screening) telah dilaksanakan iaitu satu program yang dirancang dengan lebih teliti dan sistematik dalam memastikan kemahiras asas dalam literasi dan numerasi dapat dicapai dalam kalangan murid sekolah rendah. KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi sebelum berakhir persekolahan Tahap I. Program LINUS mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah dan telah mencapai sasaran yang ditetapkan pada tahun 2012.
Program LINUS diperluas skopnya dengan memasukkan Bahasa Inggeris dalam komponen literasi mulai tahun 2013 dan dikenali sebagai Program LINUS2.0. Peluasan ini bertujuan untuk mengukuhkan penguasaan literasi bahasa Inggeris dalam kalangan murid Tahap I.